Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas mengambil nama sempena nama Yang Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad. Nama asal sekolah ini ialah Tuanku Abdul Rahman English, Gemas.
Pada tahun 1943 hingga 1948, sekolah ini ditadbir oleh pihak swasta dan mempunyai peringkat sekolah rendah dan menengah. Ketika itu, tapak asal sekolah ini terletak di sebuah bukit berhampiran dengan Jalan Cantik, Jalan Damai, dan Jalan Molik, iaitu berdekatan dengan kawasan perumahan pengawal Keretapi TanahMelayu Malaysia Berhad (KTMB), Gemas.
Pada tahun 1949, sekolah ini telah diambil alih oleh pihak kerajaan dan dipindahkan ke bangunan barunya iaitu di belakang Kuil Hindu iaitu menghadap ke Padang Keretapi Tanah Malaysia Berhad (KTMB), Berhad. Upacara perasmian bangunan sekolah Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang baru dibina disempurnakan oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad pada tahun 1949. Encik V.M. Francis adalah pengetua sekolah ini yang pertama.
Pada tahun 1952, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu di Jalan Tok Sulong di mana terletaknya Sekolah Rendah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas yang ada sekarang. Sehingga tahun 1967, sekolah ini masih mempunyai gabungan sekolah rendah dan menengah. Pada awal tahun 1968, bangunan khas untuk Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Gemas siap dibina. Bangunan ini telah dibuka secara rasminya oleh Tan Sri Mohd. Khir Haji Johari pada hari Isnin bersamaan 7 Oktober 1968. Sebenarnya perancangan awal pembinaan sekolah ini adalah di atas Bukit Masjid, Gemas tetapi memandangkan kos dan masa pembinaannya yang terhad, makalokasinya beralih ke padang sekolah di mana letaknya Sekolah Menengah KebangsaanTuanku Abdul Rahman, Gemas sekarang.
My School
Wednesday, 18 July 2012
Logo , Visi dan Misi Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman
Logo
Visi
Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman Berprestasi Gemilang menjelang Tahun 2012
Misi
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman akan memastikan pencapaian cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum , persekitaran yang kondusif , tahap disiplin dan sahsiah terpuji serta kerjasama erat komuniti setempat
Hari Koperasi 2012
Hari Koperasi peringkay sekolah kami telah diadakan selama seminggu mulia dari 2 Julai 2012 hingga 6 Julai 2012 . Berbagai-bagai akitiviti telah disusun-atur oleh guru-guru Koperasi SMKTAR . Antara aktiviti - ativiti tersebut termasuklah pertandingan Congkak , Seremban , Gubahan dari Bahan Terbuang dan banyak lagi .
Namun , ativiti hari Koperasi yang paling dinanti-nantikan oleh para pelajar dan (termasuk guru) ialah hari Jualan olah para pelajar sendiri.Tahun ini menyaksikan agak ramai pelajar melibatkan diri dalam jualan kerana banyak gerai memenuhi kawasan kecil yang disediakan.
Monday, 16 July 2012
Senarai Nama Pengetua 1949-2012
Tahun Nama
1949 Encik V . M . Francis
1952 Encik K . Ponnudurai
1956 Encik HJ . Putih Bin HJ . Tahir
1960 Encik P . Kanth Swany
1962 Encik V . Krishnan
1969 Encik Harbajan Singh Sidhu
1980 Encik Sulaiman Bin Kasim
1988 Encik A . Tavamani PJK
1991 Encik HJ Abdul Rahim Bin Ahmad
1999 Encik Khoo Bon Nam
2001 Encik Mohan Singh A/L Shamir Singh
2004 Encik Mohd Isah Bin Ismail
2007 Puan HJK . Sakdiah Binti Saleh
1949 Encik V . M . Francis
1952 Encik K . Ponnudurai
1956 Encik HJ . Putih Bin HJ . Tahir
1960 Encik P . Kanth Swany
1962 Encik V . Krishnan
1969 Encik Harbajan Singh Sidhu
1980 Encik Sulaiman Bin Kasim
1988 Encik A . Tavamani PJK
1991 Encik HJ Abdul Rahim Bin Ahmad
1999 Encik Khoo Bon Nam
2001 Encik Mohan Singh A/L Shamir Singh
2004 Encik Mohd Isah Bin Ismail
2007 Puan HJK . Sakdiah Binti Saleh
Subscribe to:
Posts (Atom)








